Palestinkini.info

Kalamullah

Wednesday 25 November 2009

AG 2009


Assalamualaikum wbt,

haa.. cuba teka apa hamster saya dok peluk tuh ? (^_^) (answer on the last pic)
actually baru balik dari Autumn Gathering 2009 yang dianjurkan oleh pihak AMIR (Aspiring Malaysian Rijal) . Got back home and went straight to my Ryu-kun (hamster) . Ryu / Cikun (nick name dia) macam dah lama sangat tak nampak dunia, bagi lah dia keluar, berlari2 atas meja saya. 

Entry kali nih memang penuh dengan pic. Macam buat diary bergambar plak . hehe.

Sabtu,bertolak dengan kereta menuju ke Niigata. bertolak kul 4 pagi. so banyak lah kabus2 yang tebal waktu drive. warning2 sign about the fog pun brape kali lalu. tapi tak sempat nak tangkap gambar warning sign tuh .






Gambar nih waktu kat dalam kereta.Mula2 rasa dalam kabus. Foggy jer..Pastu tetiba naik bukit. disebab kan kami berada di kawasan yang lebih tinggi ternampaklah lembah2 yang dipenuhi dengan kabus. Terasa macam kat kerjaan langit. (eh, bukan ayah pin yer.. ) Subhanallah . Waktu nih terfikir, mesti susah org2 kat kawasan perumahan tuh, sebab tak nampak. blurry, x leh bawa kereta. Terfikir juga, yang semua alam nih adalah milik Allah . Alam juga boleh jadi tentera Allah. Bila2 masa Allah boleh perintah air(kabus) utk menutupi bandar X.  Seram tak ? maybe tak seram kot. kalau contoh Allah perintah air utk jadi tsunami ker banjir ker. baru dasyat eh. anyway, bila kita lihat ciptaan Allah, seelok eloknya, kita mohon ampunan. surah ali imran :191 yang berbunyi ,

orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi [seraya berkata]: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (191)



 Di salah satu tempat perhentian. Kabus tebal sangat. Reason lapar and nak gi toilet pon ade. 





















Kami dah sampai ! Perhatikan awan yang mendung macam nak hujan. Memang hujan lepas beberapa ketika mengambil gambar ini. malam nanti pula snow (^^,)/









Tempat tinggal kami. Tempat nih besar. siap ada terowong bawah tanah . So, bila hujan , dari satu bangunan atau tempat tidur ke kelas atau ke dewan makan, kami akan guna laluan bawah. 















Some more enchanted views. I like the blue sky with white clouds in this pic. It as if it is shining from above the hills.









ada snow pada rumput. Sekarang belum lagi masuk winter. Jadi jakun sedikit dengan snow2 nih. walaupun ada seciput jer, nak juga tangkap gambar. (^_^)V









I like this pic . nampak cam dah winter. 









Yang ini juga suka!
Macam di tepi sungai yang dah frozen.



 






Tapi sebenarnya snow yang ada waktu tuh hanyalah banyak nih. hasil snow2 yang jatuh dari bumbung dan tidak sempat cair. 







Saya sangat2 lah terlupa nak tangkap gambar bilik. Yang ingatnyer tangkap gambar sink jer. hehe. Bilik yang kami tinggal ada 4 double decker. plus 2 futons on the loft. yes, got loft /loteng. It was cool , but i seriously forgot to take pics.







Haa.. ini pula gambar kat snow yang sedang turun. Riuh sebentar lah semua org, sebab bukan senang nak tgk snow turun. tgk hujan turun tuh dah selalu juga lah . 







pemandangan dari meja makan. MasyAllah desyou~  Tahu tak dalam Quran, Allah ada suruh tgk makanan you ? Dari surah Abasa,



Sekali-kali jangan; manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, (23) maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. (24) 





Haa.. jom kita perhatikan makanan kita. Semoga ia bermanfaat. Sambungan surah tadi,


Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air [dari langit], (25) kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, (26) lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, (27) anggur dan sayur-sayuran, (28) Zaitun dan pohon kurma, (29) kebun-kebun [yang] lebat, (30) dan buah-buahan serta rumput-rumputan, (31) untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu. (32) 




Gambar nih pula dari dalam kelas. Pemandangan dari semua bangunan memang best. Rasa macam nampak gunung Alps jer. Terima kasih kepada penceramah2 yang bertungkus lumus utk mengajar kami. Mungkin ada yang bertanya apa yang kami belajar .. Kami belajar pasal Syahadatul Haq (Penyaksian Kebenaran) dan juga Sayonara Jahiliyyah ( Selamat Tinggal Jahiliyyah) . Sewaktu SH , kami bedah buku yang di tulis oleh syeikh al-Maududi. Actually it is not written, but a speech given by al-Maududi. Speech itu boleh didapati dari internet. Setahu saya boleh dapat dari dakwahinfo. Perlu jadi ahli(percuma), baru boleh download. 



Pemandangan2 yang lawa lagi.





Ini dikawasan entrance. Waktu kami berpisah , lagu "Sebiru Hari Ini" didendangkan. Tak tahu lagu itu ? boleh cari di kotak lagu saya di belah kanan blog nih :D







Waktu balik, saya naik bas. Ada yang naik keretapi dari Sekiyama station. comel tak station nih ? 



Dari dalam bas, melambai lambai tangan ,tanda perpisahan.  Tak tersangka ukhuwah antara adik2 dan kakak2 sangat kuat, sampai ramai yang menitiskan air mata. 

 


Ok , ini gambar waktu kat kawasan perhentian. Nak tau ape yang sangat hangat tetang kedai ini?







Tada~ Sotong bakar macam sate~




Saya pon ada beli (^^,) 300yen sebatang.





Sudah tiba masanya, nak tau si comel Ryu nih dok peluk apa...







Model Nivea terkecil dan termuda :D Waktu nak masuk winter nih, jangan lupa pakai moisturiser sekali sekala, sebab kulit cepat kering. 




Saya nak minta maaf jika ada tersalah silap sewaktu program Autumn nih, kerana saya ini hanyalah seorg insan yang masih dan akan terus belajar sehingga waktu yang telah ditetapkan.





0 comments: