Palestinkini.info

Kalamullah

Thursday 26 November 2009

Eid Mubarak di Yoyogi n Ikuta

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, takbir raya telah berkumandang dari malam hingga ke pagi di bumi Jepun ini.

Alhamdulillah,hari ini saya beraya di Masjid Tokyo, di Yoyogiuehara. Mesti anda tertanya-tanya kenapa anak kecil ini ada belon di waktu Hari Raya ini.


Terjumpa dengan ramai orang turkish, org jepun,orang indonesia dan ada juga org singapura, sri lanka dan pakistan. Apa yang menarik disini ialah pada hari Raya AidilAdha ini , tiada qurban dilakukan di Masjid. Mungkin kerana komuniti orang Islam disini sedikit atau masjid di sini terlalu kecil. Kecil yang saya maksudkan ialah masjid di Jepun adalah sebesar surau di Malaysia. Oleh itu, tidak adalah budak-budak kecil yang dapat merasakan perayaan berkorban itu. Tolong menolong memotong daging, menimbang dan men-distribute daging-daging tersebut. Saya ingat sewaktu kecil, ada juga rakan-rakan yang nakal bermain dengan kepala lembu. Selalunya korban ada dilakukan di bukit sebelah rumah saya. Waktu dulu-dulu tuh ada juga terfikir graveyard lembu-lembu, jadi takut sedikit untuk lalu disitu.

 Oklah, balik ke Jepun, anak-anak kecil disini tidak merasakan apa yang saya rasakan sewaktu kecil. Disebalik perayaan gotong royong, ada clown di bilik kanak-kanak.

bilik kanak-kanak dihiasi dengan belon seperti parti hari jadi.


Menarik juga perayaan disini. Makanan yang dihidangkan adalah makanan turki .

Ini adalah Neva. Anak kacukan Rusia dan Turkey .Waktu kami nak berpisah, muka dia masam jer (T_T) Takpe,takpe, nanti kita gi rumah dia kalau free.  Banyak juga dapat invitation dari orang-orang yang saya jumpa disini. Kak Hafni (mix Japanese and Indonesia) juga mengajak saya utk naik bas kankou tokyo. Ada seorg budak waseda pon mengajak saya utk keluar bersama-sama. Wah...saya dah nak balik Malaysia. Mesti cari masa nih...

By the way, these are some pictures taken yesterday with the Meijians. There were a lot of blurry images, so i only upload which are ok.



 

 
 pisang kaki , strawberry , anggur
 
Thank you to all the members that have made the eid party a success. This is the video taken during the begining of the party. Insyallah takde terlepas gambar semua orang (^_^)V




Eid Mubarak Everyone~ May Allah bless u and your family ~

0 comments: